Kelab Umno Korea

SEJARAH PENUBUHAN

Setiap dari kita mempunyai sejarah yang tersendiri.Begitu juga dengan Kelab Umno Korea Selatan. Krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 1997 turut memberi kesan kepada penghantaran pelajar Malaysia di Korea.

Kebanyakan pelajar Malaysia yang ketika itu sudah menamatkan pengajian di Dongyang Mirae Universiti terpaksa dihantar pulang ke Malaysia berbekalkan segulung diploma sahaja ekoran krisis yang melanda. Penghantaran pelajar ke Korea juga terpaksa ditamatkan ketika itu. Berbekalkan semangat dan keazaman untuk terus belajar,beberapa orang pelajar Malaysia telah menggunakan saluran UMNO pusat di Malaysia untuk membantu mereka merayu kepada kerajaan supaya membenarkan mereka menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Dengan usaha yang gigih dan pertolongan dari UMNO pusat, program penghantaran pelajar Malaysia ke Korea diteruskan pada tahun 2000 dengan seramai 25 orang pelajar dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan. Sehubungan dengan itu sebagai tanda berterima kasih kepada kerajaan dan UMNO pusat maka Kelab Umno Korea(KUK) ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 1 Oktober 2001 dengan Arwah saudara Mohd Zaki B Mohd Noh sebagai pengerusi pertamanya. Sehingga kini Kuk terus maju menongkah arus pembangunan mendukung prinsip UMNO pusat dan kerajaan dalam semua aspek. Jangan dilupa kepada sejarah yang mencoretkan bahawa kelangsungan program Korea ini sebenarnya di atas jasa UMNO pusat dan beberapa orang anak muda yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Leave a Reply