Kelab Umno Korea

LAPORAN IHYA RAMADHAN 2018

Pada tanggal 21,26 may dan 3 jun, Kelab Umno Korea (KUK) telah mengadakan sebuah program tadarus al-Quran dan berbuka puasa. Program ini dinamakan “Ihya’ Ramadan” yang bermaksud menghidupkan bulan Ramadan bertujuan memeriahkan sambutan kedatangan bulan Ramadan dengan aktiviti ibadah disamping cuba menyuntik semangat didalam diri pelajar untuk memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan mulia tersebut.

Program ini diadakan di beberapa buah universiti di korea selatan, iaitu Inha University, Dongyang Mirae University, Seoul National University, Konkuk University, Ewha Womans University, Hanyang University, Kyunghee University dan Korea University. Sebanyak 132 orang pelajar telah menyertai program ini. Kami menghantar beberapa orang ajk KUK ke universiti tersebut bagi mengendalikan program tersebut.

Program ini dimulakan dengan sedikit perkongsian ilmu daripada wakil wakil ajk KUK. Selepas itu para pelajar memulakan tadarus. Para peserta ditugaskan untuk membaca juz 30 al-Quran. Setelah masuk waktu maghrib para peserta berbuka puasa bersama, dengan juadah yang disediakan oleh ajk KuK dan para sukarelawan. Majlis bersurai setelah selesai solat maghrib secara berjemaah.

Dengan kerjasama para peserta dan ajk KUK, program ini berlangsung dengan lancar. Diharapkan program ini telah memberikan manfaat kepada para peserta dan juga para ajk KUK.

 

 

 

Leave a Reply