Kelab Umno Korea

LAPORAN ASPIRASI WANITA 2018

Pada 8 April 2018 (Ahad) yang lalu, telah berlangsung program “Aspirasi Wanita” bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu forum yang bertajuk “Aspirasi Wanita Menjelang 2050” dan eksplorasi bahasa yang bertemakan “Tak Lapok Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas”. Seramai 29 orang peserta telah menyertai program yang berilmiah ini.

 

Pada pukul 8:30 pagi, seperti yang dijadualkan peserta telah mendaftar di kaunter pendaftaran. Ketibaan tetamu jemputan seramai 7 orang pada 9 pagi disambut oleh AJK Kelab UMNO Korea. Panel jemputan adalah Puan Nawal Hanim Lope Zainal Abidin, Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Cik Nur Syahidah Zulkefli, Pelajar Ijazah Sarjana Master di Universiti Konkuk. Forum telah berlangsung pada pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi. Forum ini membincangkan tentang penggunaan bahasa, jati diri, keterampilan wanita dan cabaran wanita masa kini. Setelah berakhirnya forum, penyampaian cenderahari kepada panel dan tetamu jemputan serta sesi fotografi telah berlangsung. Para panel dan peserta menjamu selera pada pukul 12 tengah hari.

 

Sesi petang bermula pada pukul 1 tengah hari sehingga pukul 4 petang. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi cabaran yang berbeza. Terdapat lima stesen yang disediakan. Sesi petang telah berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan. Setelah para peserta menyelesaikan cabaran yang telah diberikan di setiap stesen mereka diarahkan untuk berkumpul semula di dalam dewan bagi sesi penyampaian hadiah. Program ini tamat tepat pada pukul 4 petang. 

 

 

 

Leave a Reply