Kelab Umno Korea

LAPORAN FUTSAL & DODGEBALL 2018

Pada tahun ini, Biro Sukan dan Rekreasi telah bersetuju untuk membuat satu pembaharuan iaitu mengadakan sukan futsal dan dodgeball. Kejohanan futsal dan dodgeball pada tahun ini merupakan program kolaborasi bersama di antara PPMK, KUK AMIR dan ISMA seperti tahun-tahun lepas. Semua wakil persatuan telah bersetuju melantik Mohamed Zaidi bin Zakaria, Biro Sukan dan Rekreasi 1 (PPMK) sebagai pengarah program, dibantu oleh Muhammad Ikmal bin Mohd Zulkifli, Biro Sukan dan Rekreasi 1 (KUK) sebagai penolong pengarah 1 dan Nurizzati Farzana binti Affendi sebagai penolong pengarah 2 program.

 

Persedian program berjalan dengan lancar kerana semua AJK memainkan peranan mereka dengan rapi dan baik. Kami menerima sebanyak 11 penyertaan bagi acara futsal, manakala sebanyak 6 penyertaan bagi acara dodgeball. Bagi acara futsal, 11 pasukan tersebut telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pembahagian kumpulan telahpun diadakan secara lintas langsung melalui Facebook live. Bagi acara futsal, permainan dijalankan mengikut sistem liga dan peringkat kalah mati. Manakala acara dodgeball pula dijalankan mengikut sistem liga.

 

Bermula pukul 8.30 pagi sesi pendaftaran telah dibuka sehingga pukul 9.15 pagi. Selepas itu, para peserta diberi taklimat ringkas berkenaan perjalanan program dan peraturan berkaitan acara yang akan dijalankan. Perlawanan bermula tepat pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Para peserta diberi rehat selama 1 jam bagi makan tengah hari dan solat. Perlawanan disambung kembali pada pukul 2.00 petang dan program tamat tepat pada pukul 5.30 petang seperti yang dijadualkan.

 

Bagi sesi kali ini, anugerah penjaring terbanyak bagi acara futsal telah dimenangi oleh Muhammad Shakir bin Razali dari pasukan ‘Maross’ dengan jumlah jaringan sebanyak 7 gol. Manakala, anugerah Most Valuable Player (MVP) dimenangi oleh saudara Ahmad Aiman bin Samsudin juga daripada pasukan Maross. Anugerah Most Valuable Player (MVP) bagi acara dodgeball pula telah dimenangi oleh saudari Aiyinggeri dari pasukan Dow. Secara keseluruhannya, bagi acara futsal, kumpulan Chok Chok Kendong telah Berjaya mendapat tempat pertama, diikuti kumpulan Maross di tempat kedua dan This is Kota Bhahru menduduki tempat ketiga. Manakala bagi acara dodgeball pula, Sugar Rush mengungguli tempat pertama, UniMic di tempat kedua dan 17 Gojes di tempat ketiga. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Penasihat PPMK sesi 17/18 iaitu Puan Noor Aida binti Misran.

 

Leave a Reply