Kelab Umno Korea

ISRA’ DAN MIKRAJ

Israk Mikraj merupakan peristiwa penting⚠️ yang berlaku pada bulan Rejab atau 27 Rejab secara tepatnya.

♦️Israk bererti perjalanan👣 Nabi s.a.w. dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.
♦️Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda s.a.w. dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh.

Tahukah anda terdapat kisah kecintaan❤️ agung yang wujud ketika peristiwa Israk Mikraj?😱😱

1. Kasihnya Allah Taala kepada manusia, menerima permintaan Nabi s.a.w. agar bilangan solat diturunkan daripada 50 waktu ke 5✋🏻 waktu solat sahaja walhal fadilat solat 5 waktu itu bersamaan dengan ganjaran 50 solat.

2. Saidina Abu Bakar telah membuktikan kepercayaannya kepada Nabi s.a.w. apabila ditanya oleh kaum Quraisy berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. Jawabnya, “Jika khabar itu datang daripada Muhammad, nescaya jika perjalanan jauh dari itu juga aku akan percaya.”

Berbaki 2✌🏻 hari sahaja lagi sebelum kita memasuki bulan Syaaban dan 32 hari lagi sebelum Ramadhan berkunjung tiba‼️ Ayuh kita sama-sama memperbanyakkan amalan😇 sebagai persediaan🤓 untuk bulan Ramadhan yang mulia‼️

Sumber: http://iluvislam.my/kisah-cinta-di-sebalik-peristiwa-isra-…/

K untuk Kecintaan
K untuk Keteguhan✊🏻

Leave a Reply