Kelab Umno Korea

LAPORAN HWANYEONG HANKUK 2018

Pada 10 Mac 2018, Kelab UMNO Korea (KUK) telah mengadakan satu program ramah mesra antara pelajar senior dan junior yang dinamakan Hwanyeong HanKUK. Seramai 72 peserta yang terdiri daripada batch 14,15,16,17,18 dan 17 orang ahli jawatankuasa (AJK) telah terlibat. Para peserta mulai berkumpul di stesen Ichon pada pukul 9.15 pagi. Pada jam 9.30 pagi semua peserta diiringi oleh AJK yang bertugas bergerak ke hadapan pintu masuk National Museum of Korea.

Setelah memberikan sedikit penerangan mengenai tugasan Explore Race dan membahagikan peserta kepada 5 kumpulan, semua peserta dilepaskan untuk memulakan misi. Seramai 3 orang AJK telah ditugaskan untuk memantau peserta dari setiap tingkat muzium bagi memastikan peserta melakukan misi Explore Race dengan lancar dan berada dalam situasi yang terkawal.

Pada pukul 11.30 pagi semua makanan dan minuman telah siap untuk dihidang kepada para peserta di Yongsan Family Park yang terletak bersebelahan dengan National Museum of Korea. Bermula pukul 11.50 pagi, kumpulan yang sudah selesai menyelesaikan Explore Race telah diiringi oleh AJK untuk ke tempat berkumpul di Yongsan Family Park. Pada jam 12.15 petang, peserta berkumpul di kawasan makan dan bersedia untuk makan tengah hari.

Setelah makan tengah hari, kami telah memberi ruang kepada Penaung KUK iaitu Encik Nizam Bin Ashary untuk memberikan sepatah dua kata. Kemudian kami telah menjemput saudara Muhammad Hafiz bin Mohd Zaib selaku Pengerusi KUK untuk memberikan sedikit pengenalan mengenai Kelab UMNO Korea, serta visi dan misi kelab sekaligus memperkenalkan barisan AJK KUK sesi 2017/2018. Sebelum bersurai, penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Explore Race serta Cityscape Photo Contest telah disempurnakan oleh Encik Nizam.

Kesimpulannya, program ini telah membuka ruang bagi peserta untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai sejarah Korea Selatan bahkan dapat berkenal-kenalan antara pelajar senior dan junior.

 

 

Leave a Reply