Kelab Umno Korea

LAPORAN WINTER BITE 2.0

Pada 20 Januari 2018, Kelab Umno Korea dibawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program bertemakan musim sejuk untuk pelajar Malaysia di Korea Selatan. Program ini telah disertai oleh 39 pelajar yang terdiri daripada batch 11,13,14,15,16 dan 17 serta beberapa rakan pelajar yang menuntut di Korea dan 10 orang AJK Kelab Umno Korea. Program ini telah dirancang bermula pada jam 7.30 pagi dimana para peserta diminta untuk berkumpul di Dongyang Mirae Universiti. Disebabkan kelewatan beberapa orang peserta, bas telah bertolak pada jam 8.30 pagi. Terdapat seorang peserta yang gagal untuk menghadirkan diri kerana kesihatan diri yang tidak mengizikan (Muhammad Saifullah Bin Sulaiman). Selain itu, seramai 6 orang AJK telah bertolak awal ke tempat program dengan menaiki kereta yang disewa.

Perjalanan untuk ke lokasi program mengambil masa selama 3 jam disebabkan keadaan kesesakan lalu lintas. Kami tiba di Hwacheon pada jam 11.30 pagi dan peserta terus berkumpul di kawasan menunggu sementara AJK yang tiba awal ditugaskan membeli tiket untuk para peserta. Disebabkan hujung minggu, pengunjung agak ramai dan peserta perlu beratur agak lama sebelum masuk ke kawasan Ice Fishing.

Para peserta bebas untuk memancing di kawasan Ice Fishing sehingga jam 2.00 petang. Hampir setiap peserta berjaya menangkap ikan lebih daripada 3 ekor ikan. Pada jam 2.15 petang, peserta berkumpul di kawasan makan dan bersedia untuk makan tengah hari.

Setelah makan tengah hari, peserta diberikan waktu bebas untuk meneroka kawasan Hwacheon. Para peserta diminta untuk berkumpul semula pada jam 3.30 petang untuk solat dan bersiap sedia untuk pulang ke Seoul. Kami bertolak pulang pada jam 4.30 petang dan tiba di Dongyang Mirae Universiti pada jam 8.00 malam.

Kesimpulannya, program ini telah memberi peluang kepada para pelajar Malaysia di Korea Selatan untuk melibatkan diri dalam salah satu aktiviti musim sejuk serta meningkatkan daya ketahanan dan kemahiran para peserta.

 

Leave a Reply