Kelab Umno Korea

PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI PEJABAT PPL SEOUL

Pada 22 Disember 2017 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan, satu perjumpaan bersama Pegawai Pejabat PPL Seoul yang melibatkan wakil-wakil kelab dan persatuan di Korea Selatan telah diadakan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti sepanjang sesi 2017/2018.

Perjumpaan pada kali ini telah diwakili oleh lima orang AJK Tertinggi Kelab UMNO Korea. Diharapkan perjumpaan ini dapat terus meningkatkan kerjasama antara KUK, PPMK, ISMA Korea dan AMIR Korea pada masa akan datang.

K untuk Kerjasama💪
K untuk Kebersamaan😊

Leave a Reply