Kelab Umno Korea

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI, YB DATUK DR. MARY YAP KAIN CHING

Pada 19 November bertempat di Kervan Restaurant, Itaewon satu majlis makan malam bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching telah diadakan. YB Datuk Dr. Mary telah datang ke Korea bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pelajaran ASEM yang ke-6 yang berlangsung pada 21 dan 22 November.
YB Datuk Dr. Mary telah bertemu dan beramah mesra dengan para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Korea Selatan. Beliau bukan sahaja sempat bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat mengenai sistem pembelajaran di sini malahan beliau juga telah memperkenalkan slogan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia iaitu “Soaring Upwards” yakni bermaksud Peningkatan Berterusan.
Slogan ini digunakan untuk menggambarkan landskap pendidikan tinggi di Malaysia yang kian meningkat bertambah baik, dan pada masa yang sama, mengakui bahawa usaha yang berterusan diperlukan untuk melonjakkan pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi.
Kami berharap para pelajar yang hadir dapat menjadikan pertemuan ini suatu motivasi untuk lebih berjaya dalam pelajaran dan tidak gentar menghadapi rintangan yang akan mendatang.

Leave a Reply