Kelab Umno Korea

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa antara rakyat Malaysia di Korea Selatan bersama YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada malam semalam.

Majlis ini dihadiri lebih 50 orang yang terdiri daripada golongan profesional dan pelajar Malaysia di Korea Selatan. Seramai 12 AJK Kelab UMNO Korea turut serta dalam majlis yang diadakan di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan.

Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengambil peluang untuk menyampaikan amanat kepada golongan penjawat awam mahasiswa/i dan menggalakkan aspirasi anak muda untuk masa depan negara melalui TN50 dan Ekspresi Negaraku, serta menekankan tentang tanggungjawab utama pelajar tajaan kerajaan.

Beliau bersama delegasi tiba di Korea Selatan untuk mengikuti “Global Smart Rail Conference 2017” yang diadakan pada 14 dan 15 Jun 2017 di BEXCO, Busan. Turut serta bersama delegasi beliau ialah wakil-wakil daripada MyHSR Corporation Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“K untuk Komuniti”👍
“K untuk Kenegaraan” 🇲🇾

Leave a Reply