Kelab Umno Korea

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara rasminya membuka tirai🎉dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium🏟Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Upacara yang penuh tradisi dan warna-warni itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sukan SEA edisi ke-29 yang bakal berlangsung sehingga 31 Ogos📆 ini telah menghimpunkan lebih 4,900 atlet daripada 11 negara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Timor Leste dan tuan rumah Malaysia🇲🇾.

KL2017 turut mengambil peluang dalam penganjuran temasya sukan terbesar di Asia Tenggara ini untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar🌏dan pengurusan lestari♻️ yang boleh dikongsi dan dilaksanakan di kalangan berbagai lapisan masyarakat👫. Selari itu, Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) telah melancarkan ‘Program Satu Pingat🎖, Satu Pokok🌳’ yang akan diadakan sebanyak empat fasa dan kini, telah memasuki fasa kedua.

Jika anda perhatikan, antara kelainan yang dibawa ialah setiap pemenang diberikan anak pokok🌱 berbanding penyampaian jambak bunga💐sewaktu penyampaian hadiah pingat di podium seperti kelazimannya.

Ayuh rakyat Malaysia, kita #BangkitBersama!!🙌😄

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.kualalumpur2017.com.my/bm/index.cshtml.

“K untuk Kesukanan”⚽️⚾️🏃‍♂️
“K untuk Kekitaan”👨‍👩‍👧‍👧
“K untuk Kenegeraan”🇲🇾

Leave a Reply