Kelab Umno Korea

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YB DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

Satu majlis makan malam bersama Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara, YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican telah diadakan malam semalam, bertempat di Restoran Yang Good, Gangnam, Seoul.

Majlis yang diadakan secara santai itu dihadiri oleh 12 orang AJK Kelab UMNO Korea (KUK) bersama wakil-wakil dari PPMK, ISMA Korea dan AMIR Korea.

Dato’ Sri Reezal Merican bersama anggota delegasi beliau berkunjung ke Korea Selatan untuk menghadiri Forum for East Asia and Latin America Cooperation (FEALAC) 8th Foreign Ministers’ Meeting di Busan, Korea Selatan.

KUK sangat berterima kasih kepada Dato’ Sri Reezal Merican dan delegasi yang sudi meluangkan masa hampir 2 jam untuk beramah-mesra dan bertukar pendapat bersama golongan mahasiswa/i Malaysia di Korea Selatan.

“K untuk Kekeluargaan”‍‍‍
“K untuk Kebersamaan”

Leave a Reply