Kelab Umno Korea

SELAMAT HARI IBU BAPA | 어버이날 2017

Kita dapat melihat pada hadis daripada sahabat Abdullah bin Mas’ud r.a., beliau mengatakan,

سَأَلْتُ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ « الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا » . قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ « ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ » .قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ « الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ » . قَالَ حَدَّثَنِى بِهِنَّ وَلَوِ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِى

“Aku bertanya pada Rasulullah S.A.W., ‘Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah ‘azza wa jalla?’ Baginda menjawab, ‘Solat pada waktunya’. Lalu aku bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Baginda mengatakan, ‘Kemudian berbakti kepada kedua orang tua.’ Lalu aku mengatakan, ‘Kemudian apa lagi?’ Lalu Baginda S.A.W. mengatakan, ‘Berjihad di jalan Allah’.”

Lalu Abdullah bin Mas’ud mengatakan, “Nabi S.A.W. memberitahukan hal-hal tadi kepadaku. Seandainya aku bertanya lagi, pasti beliau akan menambahkan (jawapannya).”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Sudah jelas daripada hadis di atas bahawa Islam telah meletakkan darjat ibu bapa itu sangat tinggi kedudukannya. Oleh itu, bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa pada hari ini, jangan lupa untuk menelefon📞kedua-dua ibu bapa kita di kampung sambil bertanya khabar, memohon maaf, ucapkan terima kasih dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, manfaatkan kecanggihan teknologi zaman kini dengan menghubungi mereka melalui ‘video call’📷 di Skype, Whatsaap mahupun Facebook. Baru rasa macam dekat dengan rumah!😍🏘

Mungkin dengan cara ini mampu membuatkan mereka tersenyum lebar sekaligus membuatkan hidup kita lebih diberkati.😊

Kredit gambar: Google.com

“K untuk Kekeluargaan”👨‍👩‍👧‍👧

Leave a Reply