Kelab Umno Korea

Program Felo Perdana

MAHASISWA KOREA SELATAN CAKNA

Program Felo Perdana merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat untuk merasai pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara.

Program ini telah bermula sejak tahun 2013 di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan dan telah berjaya mengumpulkan 307 orang Felo Perdana daripada 122 bidang pengajian yang berlainan.

Kembali lagi pada tahun ini, Program Felo Perdana 2017 kini membuka peluang kepada anak muda Malaysia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk turut sama menyumbang kepada proses pembangunan negara dan pada masa yang sama menggilap bakat kepimpinan mereka di peringkat tertinggi kerajaan.

Program ini terbuka kepada dua kategori:
1) Siswa – Pelajar dalam program sarjana muda untuk berkhidmat selama 6 minggu hingga 3 bulan.
2) Graduan – Belia di bawah umur 30 tahun untuk berkhidmat selama 3 hingga 6 bulan.

Felo Perdana akan bertindak sebagai Pelatih Eksekutif kepada Menteri Kabinet dan akan membantu mentor dan juga pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan di samping membantu dalam usaha-usaha penerangan tentang pelbagai program kerajaan melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain.

Permohonan untuk menjadi Felo Perdana 2017 dibuka sekarang sehingga 24 Mac 2017!

Untuk maklumat lanjut, layari:
Laman sesawang: www.perdanafellows.com
Emel: perdanafellows@kbs.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/PerdanaFellowsMalaysia/
Twitter: @PerdanaFellows
Instagram: @perdanafellows

“K untuk Kepimpinan” #PerdanaFellows

Leave a Reply