Kelab Umno Korea

LIMA 2017

MAHASISWA KOREA SELATAN CAKNA

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi atau dikenali juga sebagai Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) bakal kembali untuk edisi ke-14 pada tahun ini.

Pameran dwitahunan yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Mac ini terbahagi kepada dua segmen, iaitu segmen udara yang akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, manakala segmen maritim pula bakal berlangsung di Resorts World, Langkawi.

Untuk rekod, LIMA 2015 mencatatkan sejarah penganjuran terbaik sejak pameran udara dan maritim itu berlangsung pada tahun 1991. Pameran tersebut disertai 512 syarikat pempamer daripada 36 negara dengan 78 pesawat dan 54 kapal perang dipamerkan.

LIMA 2015 turut menyaksikan kehadiran 39,684 deligasi dan pengunjung serta menyaksikan perjanjian bernilai RM9.29 billion ditandatangani.

LIMA 2017 dijangkakan bakal menghimpunkan lebih 550 syarikat pempamer dari 38 negara dan 40,000 deligasi perdagangan dan pengunjung sepanjang lima hari berlangsung.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, peningkatan sasaran pada penganjuran kali ini akan menjadikan LIMA 2017 sebagai acara utama dalam industri maritim dan aeroangkasa di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, layari:
Laman sesawang: www.limaexhibition.com
Facebook: https://www.facebook.com/lima.langkawi/
Twitter: @LimaExhibition
Instagram: @lima_exhibition

“K untuk Keunggulan” #LIMA17

Leave a Reply