Kelab Umno Korea

Tips Fotografi – Fotografi Ialah Sebuah Proses ‘Visual Design’

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Saya Adzrin Mansor, biro Multimedia KUK sesi 2014/2015 pertama sekali ingin mengumumkan pertandingan fotografi landskap KUK, ‘The Beauty of Autumn’ yang berlangsung dari 26 Oktober sehingga 5 November 2015. Informasi yang lebih lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di link ini.

small

Lumayan kan hadiahnya? Untuk membantu para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini saya ingin menulis satu artikel yang mengajar serba sedikit mengenai asas fotografi landskap dan fotografi secara umumnya.

Dalam fotografi kita ada pelbagai jenis genre. Landscape, Portraiture, Fashion, Editorial, Photojournalism, Nature/Wildlife, Event Photography, Astrophotography, Surrealist Fine Art, dan banyak lagi. Untuk mengurangkan kekeliruan mari kita bahagikan kesemua jenis gambar kepada dua kategori utama, snapshot dan photograph.

Snapshot selalu dikaitkan sebagai gambar yang buruk dan sesuatu yang negatif. Namun pada pendapat saya snapshot ialah sesebuah gambar yang ditangkap dengan fokus untuk membekukan sesuatu ‘moment’ bersejarah tanpa memikirkan aspek visual. Gambar begini penting. Tak percaya keluarkan balik photo album keluarga zaman dulu. Walaupun seteruk mana pun kualiti visual gambar itu, tetapi ia begitu bermakna dan bersejarah. Photographer paling hebat di dunia sekalipun jikalau kita selongkar smartphone dia, kita akan jumpa banyak snapshot. Tetapi gambar itu tidak bermakna untuk orang lain yang tak mengenali orang di dalam gambar itu. Sebab itu dia tak tunjuk kat orang lain.

Photography ialah satu ‘visual design process’ dimana kita design sekeping gambar yang penuh aspek visualnya. Jenis gambar ini tanpa makna yang mendalam pun tak mengapa kerana ia lebih fokus kepada seni visual. Jenis gambar yang kita mahu paparkan di galeri seni kerana kecantikannya. Kadang-kadang sesuatu gambar itu nampak seperti tiada content, tapi masih cantik untuk dilihat.

Tetapi sesuatu gambar akan menjadi lebih kuat jika kita mampu menggabungkan kedua-dua content dan visual dalam satu gambar, seperti apa yang seorang photographer terkenal Garry Winogrand mendefinisikannya. Sesuatu gambar perlu ada subjek yang jelas ataupun point of interest, tak kisahlah genre apa. Dan subjek itu yang menentukan content atau story gambar tersebut.

snow copyright

Dalam satu gambar yang nampak agak simple ini tersorok teknik ‘rules of odds’ iaitu penggunaan tiga orang atau elements/subjek dalam odd number, supaya satu akan terserlah menjadi subjek utama dan dua yang lain jadi subjek sampingan. Dari segi content, dengan gambar sahaja tanpa kata-kata kita tahu betapa sejuknya situasi di situ. Bagaimanakah konsep content dan visual ini boleh diaplikasikan dalam fotografi landskap?

kodae

Visually, manusia sukakan simetri kerana ia tersusun dan kemas. Warna pun dipekatkan untuk menaikkan lagi seri gambar ini. Dari segi content kita tahu itulah Korea University.

gyeongbuk

Visually kita akan mula-mula amati istana yang terang disinari cahaya matahari. Tapi selepas itu kita nampak Gwanghwamun Gate, itulah ‘balancing elements’. Kalau perasan, saya lebihkan banyak ruang di langit. Teknik ini dipanggil 1/3 rule dimana kita beri lebih ruang di langit untuk mengenengahkan colour gradient biru dan oren di langit itu.

le

Menggunakan teknik ‘leading lines’ iaitu menggunakan garisan untuk menarik mata pengguna untuk masuk lagi ke dalam gambar, ke point of interest utama iaitu Namsan Tower.

Untuk pertandingan kali ini, objektifnya jelas iaitu keindahan musim luruh di Korea. Tetapi apakah subjek atau point of interest gambar itu? Satu tip ialah masukkan bangunan ikonik seperti Perpustakaan SKK, bangunan universiti atau istana lama, apa-apa elemen ikonik untuk dijadikan point of interest atau subjek. Anda juga boleh cuba eksperimen dengan objek-objek lain untuk dijadikan subjek jika anda kreatif. Dari segi visual pula, terdapat banyak jenis composition yang kita boleh cuba. Video ini boleh membantu. Kamera, lens dan editing semua tak begitu penting, dan bergantung kepada citarasa anda sendiri. Semoga berjaya!

ARVE Error: id and provider shortcodes attributes are mandatory for old shortcodes. It is recommended to switch to new shortcodes that need only url

Leave a Reply