Kelab Umno Korea

KUK LANDSCAPE PHOTOGRAPHY CONTEST: BEAUTY OF AUTUMN

small

KUK LANDSCAPE PHOTOGRAPHY CONTEST: BEAUTY OF AUTUMN

AUTUMN is here! Kelab Umno Korea (KUK) dengan rasa gembiranya mengadakan KUK Landscape Photography contest: Beauty of Autumn kepada rakyat Malaysia yang berada di bumi Sonata ini.

Penyertaan akan dibuka selama dua minggu bermula 26 Oktober 2015 sehingga 5 November 2015. Pemenang akan diumumkan ketika Program Bengkel Fotografi KUK 2015 yang berlangsung pada 7 November 2015 di Universiti Dongyang Mirae.

Kami mencari gambar landscape photography yang menyerlahkan kecantikan bumi Korea pada musim luruh dengan content yang bermakna, teknik komposisi yang menarik dan warna yang cantik. Anda boleh menghantarkan maksimum 2 foto penyertaan. Setiap penyertaan gambar perlulah diemailkan kepada ‘multimediakuk@yahoo.com’ disertakan dengan perincian diri sebelum jam 12:00am, 5 November 2015 untuk sesi undian di page Facebook KUK. Undian di page facebook KUK akan dilakukan pada pukul 12:00 am 6 November 2015 sehingga 9:00 pm 7 November 2015.

Perincian diri yang perlu diisi adalah seperti berikut;

– Nama penuh

– Tahun Pengajian

– Institut Pengajian

– Nombor Telefon

PERHATIAN: Foto yang dihantar perlulah foto yang ditangkap/diambil pada musim luruh tahun ini sahaja. Sekiranya didapati terdapat unsur penipuan, penyertaan akan ditolak serta merta.

*kejujuran amatlah dihargai

Terdapat 3 pemenang dan hadiah berupa wang tunai iaitu:

Tempat pertama   : 80,000 Won

Tempat kedua      : 50,000 Won

Tempat ketiga     : 20,000 Won

Pemenang akan diadili mengikut:

30% : Undian ‘Like’ di page facebook KUK.

70% : Penilaian oleh juri foto.

Syarat-syarat pertandingan:
-Foto mestilah bertepatan dengan genre landscape dan tema ‘Beauty of Autumn’.
-Terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Korea Selatan.
-Anda boleh menghantar 2 penyertaan maksimum.
-Gambar mestilah bersaiz besar lebih daripada 2000 x 2000 pixel dalam format JPEG.
-Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik KUK.

Lumayan Hadiahnya! CEPAT KELUAR MEMBURU GAMBAR!!

One thought on “KUK LANDSCAPE PHOTOGRAPHY CONTEST: BEAUTY OF AUTUMN

Leave a Reply