Kelab Umno Korea

HOPE FOR ALL 3.0

Program “HOPE FOR ALL” ini merupakan kesinambungan program kebajikan yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Korea (KUK) semenjak tahun 2013. Melihatkan kepada sambutan yang menggalakkan daripada peserta sejak pertama kali program ini dijalankan, ahli jawatan kuasa Kelab Umno Korea bercadang untuk meneruskan penganjuran program kebajikan yang melibatkan masyarakat korea ini buat kali kedua pada tahun ini. Program kali ini merupakan program kolaborasi bersama Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dan 1Malaysia For Youth (iM4U).

Program yang akan berlangsung pada pagi 12 September 2015 ini akan diadakan serentak di dua lokasi berbeza iaitu di Seoul Station dan Yeongdengpo Station. Kepada semua pelajar Malaysia di Korea yang berminat menyertai program sukarelawan ini dialu alukan untuk mendaftarkan diri anda di link yang disediakan sebelum jam 0000 11 SEPTEMBER 2015. Hanya 35 peserta terawal yang mendaftar akan dibekalkan dengan sarapan pagi beserta minuman. Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma juga, sumbangan ikhlas boleh diberikan di akaun yang tertera di bawah.

Korea Exchange Bank 620209656788 (MOHMAD NORSHAFIQ BIN MOHMAD SALLIH)

Link untuk mendaftar : HOPE FOR ALL 3.0 (Tekan sini untuk mendaftar)

Jumpa anda di sana !!!

One thought on “HOPE FOR ALL 3.0

Leave a Reply