Kelab Umno Korea

LAPORAN HANKUK HWANYEONG 2015

Pada 14 Mac 2015, Kelab Umno Korea dengan jayanya telah menganjurkan satu program HanKUK  Hwanyeong yang telah disertai oleh ahli-ahli Kelab Umno Korea. Seramai 117 ahli Kelab Umno Korea telah hadir dalam program tersebut dan telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli Kelab Umno Korea.

HanKUK  Hwanyeong 2015 merupakan salah satu aktiviti tahunan Kelab Umno Korea yang bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Umno Korea kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran di Korea. Di samping memperkenalkan visi,misi dan hala tuju kelab, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru berkaitan hal akademik serta cara hidup di Korea.

Tema program HanKUK Hwanyeong pada kali ini ialah “ Environmental Friendly” semua ahli dan hadirin diminta untuk menyediakan alat perkakas sendiri  ( sudu, garfu, pinggan, gelas, pembukus dll) untuk mengurangkan kos dan penggunaan alat perkakas plastik serta menggalakkan ahli-ahli untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam.

Dengan program ini, para pelajar baru akan dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai hala tuju dan sejarah penubuhan Kelab UMNO Korea. Di samping itu juga para pelajar berpeluang untuk berkenalan dengan para ahli jawatankuasa KUK untuk mengeratkan lagi silaturahim.

Saudara Zulhelmi bin Zulkifly  dari batch 9 yang merupakan pelajar Master dalam  bidang Nuclear Power Plant Engineering di KEPCO INTERNATIONAL Nuclear Graduate School telah dijemput untuk membantu pelajar-pelajar baru untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup di Korea. Selain itu , beliau juga memberikan tunjuk ajar serta tips-tips berguna berkaitan hal akademik  untuk para junior baru mahupun lama.

Pada keseluruhannya, program Hwanyeong HanKUK ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai  objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Kelab UMNO Korea dan para hadirin yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta.

a

Gambar 1: Ucapan alu-aluan daripada ketua program

b

Gambar 2: Para peserta beratur mengambil makanan.

c

Gambar 3: Antara peserta yang hadir

d

Gambar 4:Pengenalan AJK KUK 2014/2015

h

Gambar 8: Para peserta tekun mendengar ucapan

i

Gambar 9: Para peserta bersiap sedia memulakan riadah

j

Gambar 10: Permainan “chicken fight” sedang berlangsung

k

Gambar 11: Ready, Set, Go!!!

g

Gambar 7: Ucapan dari Saudara Zulhelmi

f

Gambar 6: Antara barisan AJK KUK (Perempuan)

e

Gambar 5: Ucapan daripada Pengarah Program: Amir Hisham

l

 Gambar 12: Bergambar kenangan lepas beriadah

ARVE Error: id and provider shortcodes attributes are mandatory for old shortcodes. It is recommended to switch to new shortcodes that need only url

Laporan disediakan oleh,

Sit Hajar Binti Abd Latiff,

Biro Penerangan II,

Kelab Umno Korea 2014/2015

One thought on “LAPORAN HANKUK HWANYEONG 2015

  1. Salam. Kami sekeluarga akan melancong ke Seoul. Kami sangat berbesar hati sekiranya umnokorea dapat menjadi tourist guide kami?

Leave a Reply