Kelab Umno Korea

SUKAN DALAM MASYARAKAT KOREA

Apabila disebut sahaja tentang Korea, sudah pasti perkara pertama yang akan muncul di dalam fikiran golongan muda atau tua  adalah lagu-lagu pop Korea, drama-drama Korea mahupun program-program televisyen seperti Running Man. Tidak dapat dinafikan kehebatan Korea Selatan dalam menguasai dunia hiburan sehingga berjaya menarik minat penggemar-penggemar  bukan sahaja dari negara-negara Asia tetapi  juga negara-negara barat. […]

KEPENTINGAN ILMU DALAM KEHIDUPAN

“Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu”. (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim), Kunci kejayaan manusia terletak pada ilmu sama ada ilmu keduniaan mahupun ilmu akhirat. Sebagai seorang […]

PENYATUAN KOREA SELATAN DAN KOREA UTARA

Penyatuan antara Korea Selatan dan Korea Utara sering didebatkan dan kekal sebagai salah satu isu yang sering dipersoal, tidak kira sama ada di laman sesawang, universiti-universiti mahupun dalam perdebatan umum. Apabila isu-isu seperti kilang milik Korea Selatan yang terletak di Korea Utara dipaksa untuk menamatkan operasi sementara waktu, tradisi tahunan pertemuan keluarga yang terpisah semasa […]

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PERKEMBANGAN ISLAM DI KOREA

Korea Selatan atau Republik Korea bukanlah sebuah negara yang asing bagi masyarakat Malaysia untuk diceritakan malah negara ini sudah menjadi kelaziman ataupun mungkin sebahagian dari ikutan remaja-remaja di Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika ditanyakan perihal Korea kepada anak-anak muda di Malaysia mereka lebih Korea dari orang-orang Korea itu sendiri. Nampaknya impak yang dihasilkan oleh aliran […]

Sehelai dua.

Dalam solat empat rakaat. Rakaat pertama dan rakaat kedua belum tentu sama khusyuknya. Takbir dan rukuk juga belum tentu sama khusyuknya. Mungkin ketika takbir khusyuk. Baca Al fatihah dan surah lazim dalam keadaan khusyuk. Ketika rukuk kurang pula khusyuknya. Teringat assignment yang belum siap tersidai atas meja. Dalam surau tak lepas quran sentiasa ingin dibaca. […]

PULAU JEJU.. GREAT PLACE IN KOREA

Pulau JEJU. Setelah mengharungi minggu peperiksaan bersama rakan-rakan Batch 13, akhirnya kami dapat cuti selama seminggu dan kami berpeluang menikmati percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Jeju. Percutian ini disertai 101 pelajar Malaysia Batch 13 termasuk 7 orang guru bahasa Korea. Alhamdulillah perjalanan pergi balik ke Pulau Jeju berjalan dengan lancar dan kami […]

Tebing 3K (Kekuatan, Kekukuhan, Ketahanan)

Alam merupakan ciptaan Ilahi untuk dijadikan pengajaran kepada manusia sebagai khalifah. Tetapi kita sebagai khalifah, adakah kita mengambil pengajaran daripada alam ini? Tebing laut di Pulau Jeju ini kelihatan tersergam indah namun begitu secara halusnya tebing ini dihakis dek hempasan ombak yang kuat. Namun begitu, ianya masih berdiri kukuh dalam menjadi penahan kepada hempasan ombak. […]

Minggu 15- Seminggu sebelum peperiksaan

Selepas 15 minggu belajar dan menalaah ilmu baru di Semester Springs 2013, muncul satu minggu yang bakal menjadi minggu hitam atau minggu indah bagi seseorang pelajar itu. Minggu itu adalah minggu peperiksaan. Sebelum tiba minggu peperiksaan itu, terdapat satu minggu (minggu15) yang menjadi minggu paling penting untuk menentukan warna minggu peperiksaan kita itu. Berikut merupakan […]

성년의 날 = Coming of Age Day!

성년의 날 (Seong-Neon-ei-Nal) atau Coming-of-Age Day adalah sambutan ‘peralihan seseorang dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa.’ Perayaan ini disambut mengikut dengan cara berbeza mengikut masyarakat masing-masing. Ia boleh menjadi acara yang mudah atau boleh menjadi sebahagian daripada upacara disambut secara besar-besaran mengikut kepada kepercayaan negara itu. Perubahan ini biasanya dikaitkan dengan kematangan sama ada dari […]